3 Rutin Kecil untuk Ubah Hidup

Cuba buat beberapa perkara dibawah hari ini, dan lihat apa yang berlaku selepasnya ;

1. Jumpa, telefon atau msg kepada Ibu, ayah, atau pasangan (jika ada), kemudian minta 3 perkara, minta maaf, minta redha dan minta doa. InsyaAllah hati akan tenang dan lapang.

2. Berikan 3 perkara kepada sesiapa sahaja (ikut syariat) ucapan salam, senyuman manis dan terima kasih. InsyaAllah hidup rasa ringan dan ceria.

3. Nak hidup dimudahkan Allah, mudahkan urusan siapa sahaja dan cuba abaikan perkara yang kecil, jangan dibesarkan. Biasakan guna perkataan, it’s ok, saya ok, takde masalah, lupakan ya, boleh², silakan, jangan risau, saya boleh, dll 😊. Lagi cantik biasakan diselangi dengan kalimah Alhamdulillah, SubhanAllah, MasyaAllah, AllahuAkbar..😀

Ujian memang silih berganti, tolong uruskan dengan hati yang kuat, tiada orang lain yang boleh ubah diri dan hidup kita melainkan kita sendiri. Buatlah rutin kecil tapi positif dan barakah, insyaAllah perubahan besar akan berlaku. Saya doakan sahabat semua 🤲

Kredit untuk FB Ustazah Asma Harun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *