Tanda-Tanda Lalai

Tanda tanda Lalai

Saya ni peminat tegar Ustazah Asma’Harun. Sat ni terbaca posting beliau dalam FB. Saya re-post disini untuk reminder kepada saya dan juga pelawat-pelawat blog saya ni. Saya bagi full kredit kepada beliau dengan link FB beliau. Semoga bermanafaat.

***

TANDA-TANDA LALAI

Antaranya:

1. Kurang membaca Al Quran.

2. Kurang berzikir.

3. Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah.

4. Banyak membuang masa; untuk hiburan.

5. Kurang atau malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.

6. Memanjang sibuk dengan urusan dunia; mudah stress.

7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.

8. Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram.

Ada juga ustaz sebut; jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat ‘jarak’ kita dengan Al Quran.

Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia.

KESAN LALAI :

1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca quran.

2. ‘Bunuh’ kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama.

3. Hilang fokus dalam hidup.

4. Mudah lesu dan buntu,sentiasa rasa esok masih ada.

5. Hati resah gelisah, tiada ketenangan, sentiasa keluh kesah dan hidup kelam kabut.

SEBAB-SEBAB LALAI :

1. Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman.

2. Berkawan dengan orang-orang yang lalai.

3. Berada dalam persekitaran ‘rosak’ (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan mahram, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah.

4. Tidak berzikir.

5. Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan )

CARA-CARA ATASI :

1. Cari sahabat yang baik.

2. Hadiri majlis ilmu.

3. Bangun malam dan solat.

4. Banyakkan zikir.

5. Rajin baca quran.

6. Bersangka baik dengan org lain.

Credit asal: MAJLIS ILMU

Credit repost oleh Ustazah Asma’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *